Thursday, January 30, 2014

Wednesday, January 29, 2014

Kamus Jawa

Alon2 nek blajar kui.. (pelan-pelan kalau belajar tu)

Panduan:
Bunyi perkataan dalam bahasa Inggeris berikut apabila didengar akan memberi maksud seperti yang diberikan di bawah.. Perkataan dalam kurungan adalah benyi perkataan dalam bashasa jawa.

1. are doh – jauh    (Adhoh)
2. are lone – perlahan (Alon)
3. are list – kening (alis)
4. are toast – keras (athos)
5. are pick – bagus (apik)
6. are dose – mandi (adhus)
7. are bung –merah (abhang)
8. bar chain – busuk (barchin)
9. care talk – nampak (ketok)

10. chunk come – mulut (cangkem)
11. car get – terkejut (kaget)
12. cheer park – dekat (cepark)
13. car wash – padan muka (kawes)
14. car bear – semua (kabeh)
15. car row – dengan (karo)
16. door lunch – berjalan (dholan)
17. duck – tidak (dak)
18. door woe – panjang (dhowo)
19. e sin – malu (esin)
20. e saw – boleh (eso)

21. e key – ini ( iki)
22. e jeck – masih ada (ijek)
23. girl lay tuck – baring (geletak)
24. go lake – cari (ngolek)
25. in talk – dapat (intok)
26. jar lock – minta (jaalok)
27. jar gong – duduk (jargong)
28. jump bun – tandas (jamban)
29. or pour – apa (opo)
30. or know - ada (ono)
31. per dot – putus ( perdhot)
32. plant tore – bilik air (pelantor)
33. sir go – nasi (sego)
34. see kill – kaki (sikil)
35. so deck – senduk (sodek)
36. sue we – lama (suwei)
37. the lock – lihat ( dhilok)

38. they where – kita (dewe)
39. tea bour – jatuh (tibo)
40. thong go – jiran atak tangga (tonggo)
41. two tool – cicah ( tutol)
42. war took – batuk (watuk)
43. west – sudah (wes)
44. go block-tak pandai (goblok)
45. tenant-sungguh (tenan)


Sunday, January 19, 2014

Wednesday, January 15, 2014

Info dari KPM

A - Tahun 2014 ada Penambahbaikan dari  PBS yang akan bertukar kepada KSSR.
      Maklumat yang telah diterima seperti berikut :

  1.  DSK ( Dokumen Standard Kurikulum ) disatukan dengan DSP (Dokumen Standard Prestasi ). Maka terhasillah DSKP ( Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran ).
  2. Penggunaan BAND ditukarkan kepada TAHAP PENGUASAAN . Lebih detail dan mudah untuk guru merekod pencapaian murid.
  3. Tiada ujian SETARA di peringkat daerah ataupun negeri.
  4. Ujian pertengahan & akhir tahun boleh dilaksanakan di sekolah masing-masing sebagai ujian sumatif utk ukur pncapaian murid.
  5. Ujian-ujian lain diperingkat sekolah seperti ujian bulanan tidak perlu dijalankan. (terpulang pada pihak sekolah ).
  6. Guru tidak perlu fikirkan tentang EVIDENS & DESKRIPTOR kerana DSP telah dimansuhkan. Jadi, Menurut pengasas PBS, DR. Khodori, sepatutnya Deskriptor datang selepas evidens, bukan evidens datang selepas deskriptor.
  7.  Paling mengujakan, guru tidak perlu lagi ONLINE untuk rekod PBS murid, hanya guna sistem OFFLINE dalam bentuk excel dan digunakan sbg rujukan guru sahaja untuk melaporkan perkembangan murid kepada ibu bapa .
  8. Tak perlu lagi fail showcase utk simpan evidens terbaik murid.

 B - Subjek Baru  KSSR akan Diperkenalkan iaitu
  1. Sejarah ganti Kajian Tempatan
  2.  Rekabentuk Teknologi
  3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi  

C -  2 Bab Tambahan bagi Subjek Matematik
  1. Penambahan Bagi Bab Koordinat  (Salah Satu Bab Sekolah Menengah)
  2. Penambahan Bagi Bab Nisbah Dan Kadaran (Salah Satu bab Sekolah Menengah)

Selain daripada itu, Pelajar tahun 4 dan Tingkatan 2  (2014) juga merupakan perintis pertama kepada pengenalan Soalan "Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)" seperti yang telah diwar-warkan sebelum ni.
Difahamkan pada tahun 2016 40% soalan yang akan ditanya adalah berkaitan KBAT.


Format Baru Kemahiran Berfikir Aras Tinggi


Info ni sangat PENTING.
Ianya akan menjadi tanda aras awal dimana anak kita akan berada 10 tahun akan datang.
Tahukah anda Soalan UPSR dan SPM akan berbentuk Pemikiran Aras Tinggi menjelang tahun 2016.  Ianya lebih dikenali sebagai "Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skill (HOTs)"
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) harus diterapkan bermula sekarang. 

Bersediakah anda?

Luangkan MASA 5 MINIT untuk beri peluang untuk anda faham dengan apa yang berlaku dalam dunia pendidikan kita sekarang..
  
JENIS SOALAN DALAM MATEMATIK terbahagi kepada 2.  

  1. Rutin 
  2. Bukan rutin
  1.   RUTIN

Aras Rendah
** Tidak memerlukan murid untuk menggunakan kemahiran berfikir pada aras tinggi. 

CONTOH 1:
Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga
RM1.70. Berapakah jumlah wang yang dibayar oleh Maria?


2. BUKAN RUTIN

Aras Tinggi

  1. Memerlukan tahap pemikiran pada aras tinggi.
  2. Penyelesaian mungkin memerlukan lebih daripada 1 cara bagi membuat keputusan dan memilih operasi matematik.

 CONTOH 2:

Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70. Dia memberikan RM4.00 kepada jurujual. Berapakah bilangan syiling yang diterima oleh Maria sekiranya jurujual itu memberikannya beberapa syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen? Terangkan jawapan anda.

Zaman akan datang sangat-sangat mencabar.
Semua ibu bapa, jumlah "A" bukan lagi perkara yang penting.Yang penting bagaimana anak
anda mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah.

Tak lama lagi GAYA soalan ditanya untuk pelajar Tahun 1,2,3,4,5,dan 6 akan berubah sama sekali.

#1#      Soalan LOTs (Lower Order Thinking Skills)  *Zaman dulu Soalannya mungkin seperti dibawah :

Bundarkan 726 kepada ratus yang terdekat?

anak anda mungkin boleh faham dengan pantas..

Bagaimana pula dengan soalan seperti dibawah ini?

#2#     Soalan HOTs (Higher Order Thinking Skills) 

Apakah nombor yang boleh dibundarkan kepada 700?

Cuba anda fikir dan berikan jawapan dengan pantas
Banyak jawapan bukan? timbul rasa ragu? dan perlukan berhenti untuk berfikir sekejap bukan?
Ini masih lagi dikira soalan tahap rendah.

Sebagai ibubapa..apa tindakan kita untuk membantu anak2..?
5 Ciri "Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi" (KBAT) (Higher Order Thinking Skill-HOTs):
Yang Mempunyai Anak pada Tahun 2014 WAJIB Tahu....
Darjah 4 pada Tahun 2014 ?
Darjah 5 pada Tahun 2014 ?
Darjah 6 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 1 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 2 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 3 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 4 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 5 pada Tahun 2014 ?


Sila baca dibawah............


  1. SKOP YANG LUAS : Pengetahuan Asas sebagai keperluan
  2.  FAKTA : Tidak Spesifik & merentasi matapelajaran
  3. BERMAKNA :Boleh ditafsir dan Mencabar
  4. STIMULUS :Situasi baru: Bukan lazim bagi murid: Memberi maklumat secukupnya kepada pelajar
  5. RESPON MURID:  Kepelbagaian.  Boleh melibatkan lebih daripada 1 jawapan


MASIH TAK BEBERAPA FAHAM?

Lihat contoh-contoh Yang disediakan 


CONTOH 1 : (Soalan Biasa ~ LOTs)
Berapakan Nilai bagi 695 jika dibundarkan kepada ratus yang terhampir? .
Komen
- Jawapan Bagi soalan ini adalah 700
- Ada 1 jawapan sahaja
- Soalan juga secara terus tanpa perlu banyak berfikir


CONTOH 2 : (Soalan ARAS TINGGI ~ HOTs)
Apakah nombor yang apabila dibundarkan kepada ratus yang hampir adalah 700 ?
Komen
- Jawapan mungkin adalah : 699,672, 681 , 633 dan banyak lagi
- Yang penting pelajar tahu konsep asas "ratus terhampir"
- Jawapan boleh jadi lebih daripada 1
- membantu pelajar lebih berfikir dalam situasi sebenar setiap masalah dalam kehidupan sebenarnya ada banyak cara penyelesaian
Info terkini perubahan dalam sistem pendidikan kita..


Sumbanagan dari:
Cikgu Hasanah Mohammad

Tuesday, January 14, 2014

DIKIR M1'79

Ala ewau ewau bule
ewau bule teraju tigo..
chek mek molek..chek mek molek
Chek mek molek jale melengge....


 Bermula pada  form 4,1978,(lepas kehadiran Dr Amin) kelas M1 telah memperkenalkan dikir barat sebagai satu agenda tetap sambutan Hari Guru. Dengan sifat 'kita boleh', kita duduk bersama mengarang pantun dikir dan biasanya berlatih selama 4-5 hari sebelum Hari Guru.

Masa tu lah baru tau apa itu tukang karut..tukang 'lalu' dsb (betul ke Min?)
Aku tak ingat siapa yang buat tanjak yang kami pakai..mungkin hasil tangan rakan perempuan sekelas..?

Anyway, that was another legacy M1'79 left in SMSJ...




rgds
Tukang lalu

Sunday, January 12, 2014

Nak six pax?

Kalau diamalkan setiap pagi insyaallah boleh mendapatkan 6 pax..atau pun paling tidak..saiz pinggang berkurangan.
Selamat mencuba!

Message Setiausaha selepas sessi ngeteh dengan Yusof, Rashid dan Amaran pada mln Sabtu lepas

Sepakat & setuju
BANGET dengan
ARA
MYB
ABS
Hasil diskusi@ngeteh
Malam tadi
Sahabat2 yg dikasihi...
Sedulor kebehhh
Seiringan dengan
Tazkirah
JY
Wakaf adalah projek mega yang perlu kita rancang semenjak usia muda lagi...
Alhamdulillah
Kepada Sahabat yang
Telah & beterusan
Melaksanakannya
Kerana ianya adalah projek untuk menjana pahala yang berterusan walaupun selepas kematian kita..,
Ameen
Ayohhh..
Berikhtiar bersama
Mencari dana
Untuk melaksanakan hasrat Wakaf Mega
Atas kekuatan Ukuwah
Dan rangkaian masing masing
Melalui
Sedulor Sepakat Ventures
@SSV
Teman2 ku....
Sedulor kebehh
Begitulah
Usia kita cuma sekitar 60
Ada 8 tahun saja produktif
Dan bersama
Gembelingkan usaha
Menjayakan
Misi SSV
Dan kalau  ke 80 tahun..
Alhamdulillah
Paling panjang pun usia kita cuma 80 tahun....namun pahala hasil wakaf kita akan terus mengalir mungkin sehingga 100 tahun selepas kita mati...
Masa yang tinggal ...
Marilah bersama sama
Saling lengkap melengkapi
Membuat amal kebajikan
Dan amal soleh
Mencari bekalan di akhirat
Justeru itu...
Sahabat Sedulor
Yang Dikasihi
Ringan2 kan lah tangan mu....berkongsi harta pinjaman Allah yang sementara kepada yang memerlukannya... apa yang kita miliki seketika
Milik- NYA semua
Bagi yang berkemampuan
Bersama sama melaksanakan
Hasrat Yayasan Sedulor
Mengumpul Dana
Secara Istiqamah
.. Untuk bersama menjalankan program program Amal & wakaf
Kepada sahabat2 dan mereka yang menerlukan
In Shaa Allah
Sahabat2 ..Sedulor
Yang pastinya  bijaksana
Bersama sama saling Ingat mengingati
Mereka yang bijaksana adalah mereka yang  bersedia utk kehidupan di sana yang abadi..
Menemui ILLAHI

Segalanya PASTI.

Setiausaha SeDulor.

Directory Updated on 12 Jan14 @2pm

Please find the latest directory as of 12th Jan'14
.
New updates from

  1. Alang
  2. Ithnin Jupri
  3. Rahmad
  4. Jamadi
  5. Rashid Ithnin
  6. Amin D

rgds
azhar

Friday, January 10, 2014

Kelendar SeDulor 2014 - satu cadangan

JUMAAT
10hb. Januari 2014

Assalamualaikum w.t.b
Selamat dan salam sejahtera semua
Alhamdulillah sahabat2 Sedulor kebehhh
Kita Telah pun keluarkan Kalender Sedulor 2014 untuk kita rencanakan dan laksanakan aktiviti-aktiviti kita
Pastinya input idea dari sahabat2 kebehhh amat amat diperlukan bagi menterjemahkan hasrat dan melaksanaan aktiviti aktiviti Kalender Sedulor 2014 tersebut

Setelah  kita Berjaya menubuhkan ;
1.       YAYASAN SEDULOR  dan
2.        SEDULOR SEPAKAT VENTURES @ SSV
Penubuhan kedua entity di atas sebagai satu bukti kerjasama dan kekuatan Silaturrahim yang telah terjalin sejak 35 tahun lalu menjadi pemacu kejayaan hasrat dan misi Sedulor dimasa hadapan.
Pastinya  kolabrasi dengan CEO Teguh Amani – Yang dikasihi Abd Rshid Abas yang terbukti telah berjaya dalam bidang bisnesnya dapat membimbing dan memperkasakan seterusnya membawa SSV kepuncak kejayaan bersamanya   di masa hadapan.

TERIMAKASIH kepada semua sahabat2 Sedulor atas kekuatan individu dan networks masing-masing  beserta kemuafakatan  berpanjangan , kita akan mampu merubah apa yang kita miliki  kini ini untuk kebaikan diri, keluarga kita semua ini.
Harapan saya juga Semoga Usaha ,Kerjasama dan Kemuafakatan
Kita berpanjangan hingga akhir hayat saya.

Sila klik  url dibawah untul melihat cadangan activiti 2014:


In Shaa Alllah
Wassalam.

SAHDAN AHMAD
sahdan1616@gmail.com

Thursday, January 9, 2014

Picture of life..

Picture of life..
https://drive.google.com/file/d/0B8izFmm3HRriSldER0otaVk5ZXM/edit?usp=sharing

Lihat apa yang tersirat...

Resources - Link

Assalamualaikum SeDulor,
Saya ingin menarik perhatian SeDulor ke kolum sebelah kiri blog yang berlabel 'Link".

'Link' ini saya ibaratkan sebagai 'library' atau dulu-dulu kita panggil 'kutub khanah' yg kemudian menjadi 'perpustakaan'. Apa-apa pun maksudnya sama..tempat untuk kita mendapatkan ilmu dan membuat rujukan.
Saya telah letak beberapa link yang saya kerap gunakan sebagai rujukan (sebagai seorang yang baru belajar bidang perniagaan).

Saya berharap is akan dapat menolong SeDulor seperti ia menolong saya.

Kalau SeDulor mempunyai 'link' berfaedah yang lain sila hantar kepada saya. Saya akan cuba update di blog. Link itu mungkin bukan category biz sahaja, mungkin yang lain: kemasyarakatan, ugama..dbs

Good luck..

rgds
Admin

Tuesday, January 7, 2014

Directory M79 SeDulor

Assalamualaikum SeDulor Semua.

Saya telah cuba mengemaskini directory kita selengkap mungkin. 
Terima kasih kepada semua yang menolong saya (off-line) melalui personal SMS atau WhatsAps yang saya hantar.

Sila klik link dibawah untuk mendapat Directory M79  (terrkini sehingga 11 pagi tadi.)

https://drive.google.com/file/d/0B8izFmm3HRriQWFnRkJOdXhaaFE/edit?usp=sharing



Saya akan terus mengemaskini bila-bila masa saya mendapat info terbaru. Tetapi cuma akan upload info seminggu sekali.
Terima kasih;

Azhar

Sunday, January 5, 2014

Memori Hoki

Berdiri dari kiri: Shafie, Sulaimi, Rashid, Esa , Arifin
Bertinggung dari kiri: Rahman, Hafiz, Shahdan, Azhar (tiada dalam gambar Yusof Biran)
Tahun 1976 adalah tahun mula-mula aku mengenal hoki. Bermula dari bermain di belakang asrama (berhampiran dewan makan) dan seterusnya bakat dicungkil oleh Mr Q (sekarang Malik Q )untuk menjadi pasukan 'sparing partner' skuad hoki perempuan 18 tahun SMSJ. Kita mula bermain menggunakan kayu pinjam dan hanya berselipar. Dari Cikgu Malik Q, aku di ajar supaya 'hormat' pada permainan kita dengan mengamalkan disiplin degna berpakain kemas (kasut , stoking dan 'shin guard), jaga kayu hoki (jgn duduk di atas kayu atau membaling kayu sesuka hati dsb). Kita juga dikerah agar menjaga pelajaran walaupun giat berlatih/bermain hoki. Cikgu Malik Q akan meluang masa masa bertanya pada guru kelas keputusan peperiksaan/ujian pemain hoki dan akan 'berleter' jika keputusan kurang memuaskan.

Telah menjadi satu kebiasaan yang SMSJ akan sentiasa menggungguli sukan hoki di daerah Kluang. Ramai pemain SMSJ telah diserapkan ke pasukan daerah Kluang dan negeri Johor. Didalam group SeDulor, kita mempunyai beberapa pemain yang pernah bermain untuk pasukan daerah dan negeri: Hj Esa, Hj Sulaimi, Kalthom(daerah),Masri Jeinaen, Salehuddin Pungut , Azhar, Mardiah (daerah dan negeri)...(ada lagi tak yang aku tertinggal?)

Melalui hoki perjalanan hidup di asrama jadi lebih menyeronokkan. Bila ada pertandingan di luar (peringkat daerah atau negeri)beberapa pemain akan dipilih oleh Cikgu Rahman (Allahyarham) untuk keluar bertanding..Peluang keemasan dapat keluar dari asrama!!! dapat berkawan dengan pemain hoki dari daerah lain atau sekolah lain dari Kluang, selain dari markas tentera yang berdekatan. Pada masa inilah juga aku dapat merasa pengalaman bermalam di hotel untuk pertama kali dalam hidup (semasa bermain di JB/Segamat) dan bermain dengan lawan yang lebih berumur jika bertanding di kejohanan bawah 20 atau 23 tahun. Semua ini meningkatkan keyakinan diri dan sifat kompetitif dalam diri kita semua, selain sifat-sifat setiakawan dan 'leadership'.

Terimakasih tidak terhingga kepada CikGu Malik Q dan Allahyarham Cikgu Rahman yang menjadi Cikgu, jurulatih dan kawan kepada kami..Banyak pengalaman dan tunjuk ajar di dalam atau di luar padang yang kami dapat, yang akan sentiasa menjadi pedoman dan kenangan di dalam lipatan hidup kami...

" Where ever we go.. People want to know.....Who we are..
...We are the SMS...!!! " .
Lagu kumpulan sorak yang di teraju Bro Rahmad Aziz .masih terngiang-ngiang di telinga sehingga kini...

2/1/14

Wednesday, January 1, 2014

Coretan Tahun Baru 2014

                                         

Ini adalah sedutan dari chat SeDulor yang kalau  dikumpul boleh menjadi nostalgia dan pengajaran sepanjang hayat..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Yang ini dari bro YB:

"..Aku dah xde sapa bro.....tapi bila ngingatkan susahpayah ayahanda bonda berebes aku ditepi pusara....jadi aku pasti minimum sebulan sekali aku ngedangi pusara, macam ibuku ngendangi aku diasrama....aku dah latih anak2ku mengunjungi, pusara nyai dan embah lanang nyer.....harap2 gitulah juga dia buat bila aku dah pergi nanti....doa dari anak2 cucu....in sha Allah"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ni Bro Ahmadon:
" Masa aku mula daftar.  Bapak aku hantar naik bas. Turun tepi jln besar n masuk jln kaki. Bawa beg besar lalu jalan kaki semak2. Sampai sekolah. Bila dlm bilik HM. Bapak aku rasa bangga sebab dia kata kat HM  bangunan ni dulu dia yg buat. Keje kontrek.
Jadi masa tu baru aku tau kenapa kami jln kaki lalu jalan kebun. Rupa2nya tu je jalan yg bapak aku tau masa dia keje kontrek bina SMSJ dulu.
Tiap2 kali hari penyampaian hadiah, aku akan ajak bapak aku datang tgk anak dia naik pentas amek hadiah haha.."
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ni Bro Setiausaha Shahdan:
 
 "Hiba aku
Baca
Kisah Kenangan
SeDulorKINI.com
Aku hari pertama pendaftaran
Ibu yang menghantatku
Menaiki bas JMBC
Dari Parit Raja
Ke Kluang SMSJ
Naik bas JMBC
Itu lah kali pertama
Dan terakhir ke SMS
...... x 
Ayah nun jauh
Di Sempadan Lubuk Hantu
Sarawak... kerja Askar
Hari minggu pertama di Smsj
Hiba ... rindu terpisah
Dgn ibu dgn adik adik
Bontrot 5 biji telor rebus yang
Ibu tau pau
Tak terusik seminnggu lamanya.... sedih
Tak ingat nak makan
Busuk begitu sahaja
Malam pertama di Smsj  itu
Juga aku kali pertama tidur di tilam empuk setiap malam
Terlena mimpi....
Dan NGOMPOL
Heater dan kole plastik
menjadi
Teman karib
Bila perut berkeroncong
Masak Maggi je ...
Nak keluar ke
Kluang
Apatah lagi balik kampong
Di Parit Nipah,Parit Raja BP
Jauh rasanya
Mahal tambangnya
80 sen cuma....
Biasiswa RM30 sebulan .... RM1 sehari tu je budgetnya
Emak susah....upah menoreh
Tak dapat memberi
SANGU @ kocek.... tambahan
Adik adik 7 lagi nak
Disuap di kampong
Susu tepung makanan
Tambahan di SMSJ
Mengenyangkan
Ikan JAKET hidangan
Rebutan
Enak sungguh ketika itu
Malam nengok
Wayang ditembak
Screen kat dinding
BLOK ASRAMA
... RanoKarno & ZORO
Cukup menghiburkan
Hujung minggu
NGENDENG
KOT KOT
ADA BONTROT
LAZAT....
Yang dibawa oleh
IbuBapa
Kawan kawan
Itulah cuma
Hidangan yang
ENAK &
Mengembirakan!
Hu hu "
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dengan adanya SeDulor cerita yang dulunya terpendam kini dapat dikongsi..ceria, sedih, marah, kecewa, adalah lumrah dalam hidup di asrama..pengalaman yang mendidik kita menjadi cekal dan tabah dan mendorong kita untuk menjadi lebih baik dan sentiasa meperbaiki diri. Cerita-cerita ini  jika diteliti apa yang tersirat..ada banyak pengajaran yang dapat diambil dan kemudian dikongsi dengan anak2.
Mudah-mudahan generasi sekarang sentiasa bersyukur atas segala kemudahan dan prasarana yang dinikmati dan tidak melupakan jerih payah orang terdahulu..
 
Selamat Tahun Baru 2014
Semuga sentiasa Cemerlang Dunia AKhirat.
 
 
1/1/14