Sunday, January 5, 2014

Memori Hoki

Berdiri dari kiri: Shafie, Sulaimi, Rashid, Esa , Arifin
Bertinggung dari kiri: Rahman, Hafiz, Shahdan, Azhar (tiada dalam gambar Yusof Biran)
Tahun 1976 adalah tahun mula-mula aku mengenal hoki. Bermula dari bermain di belakang asrama (berhampiran dewan makan) dan seterusnya bakat dicungkil oleh Mr Q (sekarang Malik Q )untuk menjadi pasukan 'sparing partner' skuad hoki perempuan 18 tahun SMSJ. Kita mula bermain menggunakan kayu pinjam dan hanya berselipar. Dari Cikgu Malik Q, aku di ajar supaya 'hormat' pada permainan kita dengan mengamalkan disiplin degna berpakain kemas (kasut , stoking dan 'shin guard), jaga kayu hoki (jgn duduk di atas kayu atau membaling kayu sesuka hati dsb). Kita juga dikerah agar menjaga pelajaran walaupun giat berlatih/bermain hoki. Cikgu Malik Q akan meluang masa masa bertanya pada guru kelas keputusan peperiksaan/ujian pemain hoki dan akan 'berleter' jika keputusan kurang memuaskan.

Telah menjadi satu kebiasaan yang SMSJ akan sentiasa menggungguli sukan hoki di daerah Kluang. Ramai pemain SMSJ telah diserapkan ke pasukan daerah Kluang dan negeri Johor. Didalam group SeDulor, kita mempunyai beberapa pemain yang pernah bermain untuk pasukan daerah dan negeri: Hj Esa, Hj Sulaimi, Kalthom(daerah),Masri Jeinaen, Salehuddin Pungut , Azhar, Mardiah (daerah dan negeri)...(ada lagi tak yang aku tertinggal?)

Melalui hoki perjalanan hidup di asrama jadi lebih menyeronokkan. Bila ada pertandingan di luar (peringkat daerah atau negeri)beberapa pemain akan dipilih oleh Cikgu Rahman (Allahyarham) untuk keluar bertanding..Peluang keemasan dapat keluar dari asrama!!! dapat berkawan dengan pemain hoki dari daerah lain atau sekolah lain dari Kluang, selain dari markas tentera yang berdekatan. Pada masa inilah juga aku dapat merasa pengalaman bermalam di hotel untuk pertama kali dalam hidup (semasa bermain di JB/Segamat) dan bermain dengan lawan yang lebih berumur jika bertanding di kejohanan bawah 20 atau 23 tahun. Semua ini meningkatkan keyakinan diri dan sifat kompetitif dalam diri kita semua, selain sifat-sifat setiakawan dan 'leadership'.

Terimakasih tidak terhingga kepada CikGu Malik Q dan Allahyarham Cikgu Rahman yang menjadi Cikgu, jurulatih dan kawan kepada kami..Banyak pengalaman dan tunjuk ajar di dalam atau di luar padang yang kami dapat, yang akan sentiasa menjadi pedoman dan kenangan di dalam lipatan hidup kami...

" Where ever we go.. People want to know.....Who we are..
...We are the SMS...!!! " .
Lagu kumpulan sorak yang di teraju Bro Rahmad Aziz .masih terngiang-ngiang di telinga sehingga kini...

2/1/14

2 comments:

  1. Oh ini lah sejarah hoki di smsj.. Memg tidak dsangkalkan lagi smsj memg power kalau bab hoki ni smpi pernah masuk division pertama liga hoki malaysia Tahniah! Kejayaan hoki yg bermula dgn Cikgu Malik yg begitu hormat dgn permainan hoki tabik! Saya pernah baling kayu hoki sbb tk dpt kejar bola ya haha skrg baru saya tahu kalau kita nak main hoki kita juga kita jaga n hormat dia.
    Tetapi saya tak pernah langsung wakil hoki untuk sekolah.. First time sye dekat ngn hoki masa saya form 3 tu pon kawan yg ajak pergi lah training hoki.. Tgk org gelecek bola hoki mcm senang je.. Sekali bawa je bola hoki bukn bawa bola bawa angin je haha first time katakan.. Saya pon dah tk pergi training dah sbb dah giveup yg saye memg tk boleh main maka saya tinggalkanlah dan pikir tahun tu nk PMR. Form 4 senyap je.. Form 5 lak kawan ajak main hoki sye pon start main lah memg main mcm ape je.. Memg tk dapat selection pon :( tapi saye main kayu hoki sendiri kat rumah yg saye pinjam dgn sekolah.. Saye berlatih boleh lah byk kali haha ada belajar kt youtube kt internet lama2 sye dah boleh kuasai teknik2 asas hoki mcm driblling, menolak n pukul.. basic2 je lah.. Dari situlah saya percaya yg saya boleh main jugak..Dari situ lah terdetikya minat mendalam pasal hoki.. Saya pon de rasa menyesal kalaulah aku berlatih dari dulu mesti dah boleh wakil sekolah haha perasan jap..tapi saya berharap kalau saya future study nnti saya nk main untuk uni nnti InsyaAllah..

    ReplyDelete
  2. *liga hoki remaja Malaysia hehe

    ReplyDelete