Assalamualaikum,
Cepat betul tahun bertukar. Dah setahun tak buat posting. Tahun ni SeDulor gang semua dah berumur 55 tahun...legally dah umur persaraan. Memang ada yang dah bersara, merancang nak bersara atau akan teruskan bekerja sehingga 60.
Walau apa pun keputusan, semuanya kena ada perancangan. Aku dah banyak bertemu kes-kes orang bersara tetapi mentally belum bersedia nak bersara. Kesannya sangat memeranjatkan. Satu kes ni my ex GM di syarikat multinasional or MNC. Dia mengalami kemurungan yang hampir meragut nyawanya, sehingga terlantar di hospital beberapa minggu. Semasa di MNC beliau bekerja lebih 12 jam sehari, maklumlah GM dan lebih-lebih lagi bekerja dengan syarikat dalam kategori Electronic Manufacturing System (EMS) atau dalam bahasa mudah 'sub contractor'/ 'sub-con'. Jadi kerja adalah sangat pantas, waktu yang panjang dan membebankan. Bila beliau bersara, aktiviti harian menjadi KOSONG. Tiada lagi panggilan talipon yang silih berganti, mesyuarat yang besambung-sambung, kerja hingga malam atau terbawa ke rumah. Semuanya seolah-olah dunia sudah berhenti, talipon tak berbunyi, tiada mesyuarat yang perlu di panggil atau dipengerusikan..tiada panggilan dari pelanggan luar negara dan tiada panggilan talipon larut malam...semuanya berhenti dan tiada apa-apa yang perlu dikejar atau diambil tahu..Situasi 'kosong ini menyebabkan beliau panik, rasa kehilangan dan menjadi hilang punca..akhirnya beliau mengalami kemurungan yang kronik selama lebih 6 bulan. Selepas terlantar di hospital beliau melalui sesi kaunseling selama beberapa bulan..akhirnya beliau telah pulih selepas hampir 8 bulan kaunseling.
Apa punca masalahnya?. Bukankah 'bersara' adalah tempoh hidup yang sangat di idami oleh setiap orang yang berkerjaya? Mengapa perasaan seronok cuma dalam jangka waktu tiga bulan pertama? Jawapannya adalah cara pengisian ruang kosong yang di tinggalkan semasa bekerja dulu. Kita perlu merancang apa aktiviti yang boleh mengisi ruang-ruang panggilan talipon, mesyuarat, perjalanan luar kawasan dan sebagainya.
MERANCANG apa perlu dibuat adalah amat-amat penting. Kita perlu melihat persaraan ini dalam dua aspek
1 - Minda
2 - Fizikal
Minda:
Mungkin semasa bekerja dulu, tugas kita memerlukan kita berfikir secara kritis, membuat keputusan dan mengelola orang bawahan. Semua ini memerlukan ketajaman fikiran dan kebolehan membuat keputusan secara spontan atau berisiko. Bila bersara, otak kita tidak lagi 'bergerak' pantas, malah kadang-kadang hampir pasif. Bila ini berlaku badan akan menjadi lemah dan tidak aktif. Bekas bos lama aku pernah cakap, " if you continue this way you will get older faster..if not die"..walaupun bunyinya macam melawak tetapi kes ex GM yang saya kongsi di atas menunjukkan kebenarannya.
Kita perlu meneruskan 'senaman' otak kita. Kita boleh tukar tabiat kita kearah, membaca buku ilmiah atau pengetahuan am. Cuba rejuk semula hobi kita dulu. Adakah masih ada lagi hobi yang kita tak dapat buat. Cuba bertukang, melukis atau belajar ilmu-ilmu baru di zaman sekarang seperti buat koding, pengaturcaraan, buat 'video editing', fotografi, menulis aplikasi android dan sebagainya. Semua perkara ini memerlukan kita 'belajar', 'berfikir' dan kemudian ' membuat' yang kesemuanya akan memerlukan otak kita bekerja/berfikir. Jadi senaman otak kita akan berterusan dan ada kesinambungan. Kita juga boleh berkongsi pengalaman dan melakukan tugas-tugas sukarela di sekolah atau komuniti.
Selain itu aktiviti keagamaan juga sangat baik sebagai pilihan utama. Membaca AlQuran, membaiki tajuid dan mengkaji hadis, mendalami ilmu feqah dan menghadiri majlis ilmu.
Fizikal:
Riadah dan memastikan tubuh badan aktif adalah juga sangat penting. Memang untuk 3 bulan pertama persaraan selalunya kita akan memanjakan diri dengan menghabiskan masa berihat ( tidur..!), makan, melancung atau 'melepak' menonton TV. Tetapi selepas beberapa waktu kita akan jemu, dan di masa inilah kita akan mula menjadi kecewa dan keliru. Jadi kita perlu merancang aktiviti fizikal harian dengan mengadunkan aktiviti riadah di luar dan di dalam rumah. Berjogging, berkebun, bertukang, berbasikal, taici adalah beberapa contoh aktiviti luar rumah yang boleh dipertimbang. Yang penting kita berpeluh dan berada di luar rumah. Jangan lupa juga sesi teh tarik dengan kawan-kawan. Sesi teh tarik ini adalah terapi minda sebenarnya!! Jika mempunyai kewangan yang bagus melancong di dalam atau di luar negara juga adalah sesuatu yang menarik. Untuk aktviti di dalam rumah: menjaga cucu(kalau dah ada cucu..!), melukis, mengemas rumah, memasak atau membaik pulih alatan lama adalah beberapa contoh yang menarik.
Bottomline , kita perlu terus mengaktifkan minda dan fizikal kita agar keseimbangan hidup dapat dicapai semasa menikmati tempoh persaraan.
Apa yang aku kongsi adalah tip-tips dari bos-bos yang telah bersara. Mereka masih aktif dan sihat dan sentiasa menikmati setiap saat persaraan dengan membuat aktiviti hobi yang mereka cenderung seperti dalam bidang teknologi, latihan, motivasi, pertanian moden atau yang ada dana akan berkecimpung dalam bidang hartanah.
Aku? tengah merancang....he he
azhar
19Apr'17
SeDulor M 79 SMSJ
SeDulor = kerabat, saudara mara, "relatives". This is a close knitted network between 1979 SPM (M1&M2) Batch of Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang. A community created to nurture and strengthen relationship between friends, SMSJ Alumni, which potentially and collectively could develop various value adds services/assistance to SeDulor families and relatives to progress in education/life as a mean of contributing back to society.
Wednesday, April 19, 2017
Tuesday, June 7, 2016
Dah lama tak singgah
Assalamumalaikum..
Diam-diam dah lebih setahun aku tak letak coretan dalam blog SeDulor ni..
SeDulor dah maju selangkah dengan tertubuhnya Koperasi SeDulor. Banyak juga ranjau penubuhannya..biasalah berurusan dengan orang gomen...
Berkat tahun 2016 ni mudah-mudahan usaha ini akan berjaya.
Tahun lepas dah ada beberapa geng SeDulor yang dah bersara. Ada yang memilih duduk di rumah, ada yang meneruskan pengajian PhD!!! ada yang menjadi jururuding..Alhamdulillah, kita pilih haluan yang terbaik untuk kita; yang menenangkan dan menghiburkan hati. Dah bekerja lebih 30 tahun kalau tiba-tiba berhenti, takut 'betul-betul' berhenti nanti. Kena ada perancangan yang betul bagi mengelakkan kemurungan. Ex-boss aku kata perlu rancang sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum bersara. Perancangan merangkumi kewangan dan kegiatan harian. " Kita kena maintain lifestyle kita, baru persaraan bermakna " katanya.
Pasal perancangan ni aku setuju sangat. Ex-boss aku yang lagi satu (company lain) hampir maut kerana kemurungan. Beliau bekerja di syarikat EMS (Electronic Manufacturing System) yang mempunyai cara kerja yang sangat mencabar, waktu kerja tak menentu dan suasana yang sangat menekan. Oleh kerana tak tahan tekanan dan politik di syarikat dia meletakkan jawatan dan berniat untuk bersara, tetapi perubahan suasana harian dari 'chaotic' ke 'absolute relax' menyebabkan dia kehilanagan arah. Enam bulan dalam depression, sampai kena buat phychiatric treatment. Pengajaranya, rancang persaraaan kita..!!!
Tahun lepas juga amat mencabar pada semua, bila nilai matawang RM turun. Tapi ada juga kawan yang perniagaannya mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Sebabnya mudah, dia jual produk dia dalam matawang US$. Tak buat apa-apa pembaikan pun dapat untung tiga kali ganda. Dengarnya tengah plan nak beli E200 CGI model 2017. Tapi itu mungkin durian runtuh pada 5% dari kita, yang lainnya kenalah beli barangan tempatan, batalkan percutian luar negara dan ikat perut. Tapi rasanya harga minyak akan stabil apda tahap <US$60 dan tak akan mencapai tahap US$100 lagi. Jika ini berterusan, alhamdulillah harga minyak akan kekal pada harga sekarang dan industri minyak dan gas akan mendapat tanda aras yang baru. Mungking gaji premium di insdustri tersebut akan hilang dan akan jadi setaraf dengan industri yang lain, siapa tahu?
Tahun ni aku nak fokus pada perniagaan latihan pensijilan yang berlandaskan Technical Vocational Education and Training(TVET). Setiap tahun hampir setegah juta lepasan SPM. 30% masuk ke IPT dan kolej tapi yang selainnya 'hilang' entah kemana. Kalau 70% yang selebihnya ni masuk ke 'employment market' tentu kita tak perlu 'import' pekerja asing kan?.
Di Malaysia, kesedaran tentang potensi seseorang yang mempunyai latarbelakang TVET masih rendah. Untuk segelintir masyarakat, segulung ijazah (akademik yang bagus) adalah satu kemestian untuk berjaya dalam hidup. Sebenarnya tak semestinya begitu. Tengok saja berapa ramai graduan menganggur sekarang (~30,000 orang?). Kerja untuk skill based qualification memang nampak tak glamour pada luarannya. Ada yang dalam category 3D: Dangerous, Dirty and Demanding. Tapi ramai tak tau yang gaji mereka amat lumayan.
Tapi tu lah, pengelibatan belia < 23 tahun untuk kursus pensijilan TVET masih di tahap rendah. Bermacam-macam bantuan kewangan dan latihan berbayar yang ditawarkan, tetapi permohonan masih ditahap mengecewakan. Adakah remaja kita semuanya mempunyai keluaraga yang kaya dan tak memerlukan pekerjaan? atau semuanya memang focus untuk menganggur dan cari "kerja yang senang dan gaji banyak". Kerja macam ni memang tak ada, kecuali kerja yang tak halal. Mungkin memilih kerja. Nak kerja di shopping complex yang ada aircond dan boleh relax banyak dan main phone(jadi salesgirl/man banyak amsa terluang jika tiada pelanggan). Gaji minima RM900 pun ok dah, tapi yang tak bagusnya perbelanjaan nak macam pengurus..
Aku selalu cakap kat pelajar-pelajar aku " bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah ". Setiap kali aku cakap ramai yang gelak. Bila kita kupas maksudnya baru mereka perasan kebenaran ayat tersebut.
Mudah-mudahan belia kita akan celik mata dan akan selalu cuba mempertingkatkan diri dan menghindar dari tercebur dlam aktiviti yang kurang sihat. Banyak pusat latihan seperti ILP, IKM, IKBN dan kolej komuniti yang selalu KOSONG dan menanti peserta setiap masa. Yuran yang dikenakan adalah sangat rendah dan mampu-bayar, tetapi kenapa penyertaan tersangat rendah??
Apa-apa pun bulan Ramadhan telah menjenguk kembali. Mudah-mudaha kita semua akan emdapat kerbekatan bulan mulia ini dan dipanjangkan umur hingga ke bulan syawal dan jug ramadhan tahun depan. InsyaAllah.
Mudah2an SeDulor ku semua sihat dan gembira di bulan mulia ini...

Saturday, September 6, 2014
GST 101
Aku cuba nak fahamkan pasal GST ni, kadang2 pening di buatnya.
Tapi yang paling mengganggu adalah salah faham yang mengatakan GST yang dikenakan adalah dalam bentuk 'compounded'.
Maksudnya jika pengguna adalah level ke 5, jadi tax yang dikenakan adalah 4 X 6%, yang mana adalah satu andaian yang SALAH.
Ilustrasi di bawah adalah yang termudah yang aku dapat/
Ikut contoh di atas:
Wholeseller membayar 6% GST bila membeli barang dari manufacturer. Selepas menjual kepada Wholeseller Manufacturer akan membuat tuntutan pembayaran balik 6% tersebut dari kerajaan. Begitu juga untuk Wholeseller, selepas menjual kepada Retailer, Wholeseller akan membuat tututan 6%dari kerajaan. Seperti Wholeseller, Retailer juga membayar 6% GST bila membeli dari Wholeseller, tetapi Reatiler kemudian akan membuat tuntutan semula dari kerajaan setelah membuat penjualan kepada consumer. Cara membayar dan kemudian menuntut semula akan berulang sehingga barangan berada di tangan Pengguna.
Dengan itu pengguna/consumer hanya membayar 6% GST dan bukan compounded % seperti yang dibayangkan sebelum ini.
Finally aku faham konsep GST,!!!! contoh paling baik adalah seperti di bawah.
The best example for illustrating
Kalau lihat dari contoh di atas final GST yang di bayar pengguna masih di tahap 6%.

Wallahu alam...
Terima Kasih Lean See dari Synergy 101 for the short tutorial!
Thursday, July 3, 2014
Monday, March 31, 2014
Scholarship link for after SPM student
Scholarship link for after SPM student
Biasiswa Tun Rahah
http://scholarshipmalaysia.
PETRONAS Education Sponsorship (Degree) Programme 2014
http://scholarshipmalaysia.
Uplands Sixth-Form International Education Scholarship 2014
http://scholarshipmalaysia.
Kuok Foundation Scholarship for Malaysia Polytechnics 2014
http://scholarshipmalaysia.
MNRB Scholarship Fund 2014
http://scholarshipmalaysia.
Yayasan Pelajaran MARA JAD-MJHEP Scholarship 2014/2019
http://scholarshipmalaysia.
PETRONAS Education Sponsorship (Degree) Programme 2014
http://scholarshipmalaysia.
SHELL Malaysia Scholarship (Undergraduate) 2014
http://scholarshipmalaysia.
UC College of Engineering Malaysia Scholarships 2014
http://scholarshipmalaysia.
Maybank Foundation Scholarship Award 2014
http://scholarshipmalaysia.
Securities Commission Malaysia (SC) Scholarship Award 2014
http://scholarshipmalaysia.
Astro Scholarship Award 2014
http://scholarshipmalaysia.
Karangkraf Education Fund
http://scholarshipmalaysia.
KPM MyBrainSc Scholarship Scheme 2014
http://scholarshipmalaysia.
Khazanah Nasional
http://www.khazanah.com.my/
PNB
http://www.pnb.com.my/aset_m.
Sime Darby
http://www.yayasansimedarby.
Bank Negara Malaysia
http://www.bnm.gov.my/index.
Subscribe to:
Posts (Atom)