Tuesday, June 7, 2016

Dah lama tak singgah

Assalamumalaikum..

Diam-diam dah lebih setahun aku tak letak coretan dalam blog SeDulor ni..
SeDulor dah maju selangkah dengan tertubuhnya Koperasi SeDulor. Banyak juga ranjau penubuhannya..biasalah berurusan dengan orang gomen...
Berkat tahun 2016 ni mudah-mudahan usaha ini akan berjaya.

Tahun lepas dah ada beberapa geng SeDulor yang dah bersara. Ada yang memilih duduk di rumah, ada yang meneruskan pengajian PhD!!! ada yang menjadi jururuding..Alhamdulillah, kita pilih haluan yang terbaik untuk kita; yang menenangkan dan menghiburkan hati. Dah bekerja lebih 30 tahun kalau tiba-tiba berhenti, takut 'betul-betul' berhenti nanti. Kena ada perancangan yang betul bagi mengelakkan kemurungan. Ex-boss aku kata perlu rancang sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum bersara. Perancangan merangkumi kewangan dan kegiatan harian. " Kita kena maintain lifestyle kita, baru persaraan bermakna " katanya.
Pasal perancangan ni aku setuju sangat. Ex-boss aku yang lagi satu (company lain) hampir maut kerana kemurungan. Beliau bekerja di syarikat EMS (Electronic Manufacturing System) yang mempunyai cara kerja yang  sangat mencabar, waktu kerja tak menentu dan suasana yang sangat menekan. Oleh kerana tak tahan tekanan dan politik di syarikat dia meletakkan jawatan dan berniat untuk bersara, tetapi perubahan suasana harian dari 'chaotic' ke 'absolute relax' menyebabkan dia kehilanagan arah. Enam bulan dalam depression,  sampai kena buat phychiatric treatment. Pengajaranya, rancang persaraaan kita..!!!

Tahun lepas juga amat mencabar pada semua, bila nilai matawang RM turun. Tapi ada juga kawan yang perniagaannya mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Sebabnya mudah, dia jual produk dia dalam matawang US$. Tak buat apa-apa pembaikan pun dapat untung  tiga kali ganda. Dengarnya tengah plan nak beli E200 CGI model 2017. Tapi itu mungkin durian runtuh pada 5% dari kita, yang lainnya kenalah beli barangan tempatan, batalkan percutian luar negara dan ikat perut. Tapi rasanya harga minyak akan stabil apda tahap <US$60 dan tak akan mencapai tahap US$100 lagi. Jika ini berterusan, alhamdulillah harga minyak akan kekal pada harga sekarang dan industri minyak dan gas akan mendapat tanda aras yang baru. Mungking gaji premium di insdustri tersebut akan hilang dan akan jadi setaraf dengan industri yang lain, siapa tahu?

Tahun ni aku nak fokus pada perniagaan latihan pensijilan yang berlandaskan Technical Vocational Education and Training(TVET). Setiap tahun hampir setegah juta lepasan SPM. 30% masuk ke IPT dan kolej tapi yang selainnya 'hilang' entah kemana. Kalau 70% yang selebihnya ni masuk ke 'employment market' tentu kita tak perlu 'import' pekerja asing kan?.
Di Malaysia, kesedaran tentang potensi seseorang yang mempunyai latarbelakang TVET masih rendah. Untuk segelintir masyarakat, segulung ijazah (akademik yang bagus) adalah satu kemestian untuk berjaya dalam hidup. Sebenarnya tak semestinya begitu. Tengok saja berapa ramai graduan menganggur sekarang (~30,000 orang?). Kerja untuk skill based qualification memang nampak tak glamour pada luarannya. Ada yang dalam category 3D: Dangerous, Dirty and Demanding. Tapi ramai tak tau yang gaji mereka amat lumayan.

Tapi tu lah, pengelibatan belia < 23 tahun untuk kursus pensijilan TVET masih di tahap rendah. Bermacam-macam bantuan kewangan dan latihan berbayar yang ditawarkan, tetapi permohonan masih ditahap mengecewakan. Adakah remaja kita semuanya mempunyai keluaraga yang kaya dan tak memerlukan pekerjaan? atau semuanya memang focus untuk menganggur dan cari "kerja yang senang dan gaji banyak". Kerja macam ni memang tak ada, kecuali kerja yang tak halal. Mungkin memilih kerja. Nak kerja di shopping complex yang ada aircond dan boleh relax banyak dan main phone(jadi salesgirl/man banyak amsa terluang jika tiada pelanggan). Gaji minima RM900 pun ok dah, tapi yang tak bagusnya perbelanjaan nak macam pengurus..
Aku selalu cakap kat pelajar-pelajar aku " bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah ". Setiap kali aku cakap ramai yang gelak. Bila kita kupas maksudnya baru mereka perasan kebenaran ayat tersebut.
Mudah-mudahan belia kita akan celik mata dan akan selalu cuba mempertingkatkan diri dan menghindar dari tercebur dlam aktiviti yang kurang sihat. Banyak pusat latihan seperti ILP, IKM, IKBN dan kolej komuniti yang selalu KOSONG dan menanti peserta setiap masa. Yuran yang dikenakan adalah sangat rendah dan mampu-bayar, tetapi kenapa penyertaan tersangat rendah??

Apa-apa pun bulan Ramadhan telah menjenguk kembali. Mudah-mudaha kita semua akan emdapat kerbekatan bulan mulia ini dan dipanjangkan umur hingga ke bulan syawal dan jug ramadhan tahun  depan. InsyaAllah.
Mudah2an SeDulor ku semua sihat dan gembira di bulan mulia ini...






No comments:

Post a Comment