Assalamualaikum,
Cepat betul tahun bertukar. Dah setahun tak buat posting. Tahun ni SeDulor gang semua dah berumur 55 tahun...legally dah umur persaraan. Memang ada yang dah bersara, merancang nak bersara atau akan teruskan bekerja sehingga 60.
Walau apa pun keputusan, semuanya kena ada perancangan. Aku dah banyak bertemu kes-kes orang bersara tetapi mentally belum bersedia nak bersara. Kesannya sangat memeranjatkan. Satu kes ni my ex GM di syarikat multinasional or MNC. Dia mengalami kemurungan yang hampir meragut nyawanya, sehingga terlantar di hospital beberapa minggu. Semasa di MNC beliau bekerja lebih 12 jam sehari, maklumlah GM dan lebih-lebih lagi bekerja dengan syarikat dalam kategori Electronic Manufacturing System (EMS) atau dalam bahasa mudah 'sub contractor'/ 'sub-con'. Jadi kerja adalah sangat pantas, waktu yang panjang dan membebankan. Bila beliau bersara, aktiviti harian menjadi KOSONG. Tiada lagi panggilan talipon yang silih berganti, mesyuarat yang besambung-sambung, kerja hingga malam atau terbawa ke rumah. Semuanya seolah-olah dunia sudah berhenti, talipon tak berbunyi, tiada mesyuarat yang perlu di panggil atau dipengerusikan..tiada panggilan dari pelanggan luar negara dan tiada panggilan talipon larut malam...semuanya berhenti dan tiada apa-apa yang perlu dikejar atau diambil tahu..Situasi 'kosong ini menyebabkan beliau panik, rasa kehilangan dan menjadi hilang punca..akhirnya beliau mengalami kemurungan yang kronik selama lebih 6 bulan. Selepas terlantar di hospital beliau melalui sesi kaunseling selama beberapa bulan..akhirnya beliau telah pulih selepas hampir 8 bulan kaunseling.
Apa punca masalahnya?. Bukankah 'bersara' adalah tempoh hidup yang sangat di idami oleh setiap orang yang berkerjaya? Mengapa perasaan seronok cuma dalam jangka waktu tiga bulan pertama? Jawapannya adalah cara pengisian ruang kosong yang di tinggalkan semasa bekerja dulu. Kita perlu merancang apa aktiviti yang boleh mengisi ruang-ruang panggilan talipon, mesyuarat, perjalanan luar kawasan dan sebagainya.
MERANCANG apa perlu dibuat adalah amat-amat penting. Kita perlu melihat persaraan ini dalam dua aspek
1 - Minda
2 - Fizikal
Minda:
Mungkin semasa bekerja dulu, tugas kita memerlukan kita berfikir secara kritis, membuat keputusan dan mengelola orang bawahan. Semua ini memerlukan ketajaman fikiran dan kebolehan membuat keputusan secara spontan atau berisiko. Bila bersara, otak kita tidak lagi 'bergerak' pantas, malah kadang-kadang hampir pasif. Bila ini berlaku badan akan menjadi lemah dan tidak aktif. Bekas bos lama aku pernah cakap, " if you continue this way you will get older faster..if not die"..walaupun bunyinya macam melawak tetapi kes ex GM yang saya kongsi di atas menunjukkan kebenarannya.
Kita perlu meneruskan 'senaman' otak kita. Kita boleh tukar tabiat kita kearah, membaca buku ilmiah atau pengetahuan am. Cuba rejuk semula hobi kita dulu. Adakah masih ada lagi hobi yang kita tak dapat buat. Cuba bertukang, melukis atau belajar ilmu-ilmu baru di zaman sekarang seperti buat koding, pengaturcaraan, buat 'video editing', fotografi, menulis aplikasi android dan sebagainya. Semua perkara ini memerlukan kita 'belajar', 'berfikir' dan kemudian ' membuat' yang kesemuanya akan memerlukan otak kita bekerja/berfikir. Jadi senaman otak kita akan berterusan dan ada kesinambungan. Kita juga boleh berkongsi pengalaman dan melakukan tugas-tugas sukarela di sekolah atau komuniti.
Selain itu aktiviti keagamaan juga sangat baik sebagai pilihan utama. Membaca AlQuran, membaiki tajuid dan mengkaji hadis, mendalami ilmu feqah dan menghadiri majlis ilmu.
Fizikal:
Riadah dan memastikan tubuh badan aktif adalah juga sangat penting. Memang untuk 3 bulan pertama persaraan selalunya kita akan memanjakan diri dengan menghabiskan masa berihat ( tidur..!), makan, melancung atau 'melepak' menonton TV. Tetapi selepas beberapa waktu kita akan jemu, dan di masa inilah kita akan mula menjadi kecewa dan keliru. Jadi kita perlu merancang aktiviti fizikal harian dengan mengadunkan aktiviti riadah di luar dan di dalam rumah. Berjogging, berkebun, bertukang, berbasikal, taici adalah beberapa contoh aktiviti luar rumah yang boleh dipertimbang. Yang penting kita berpeluh dan berada di luar rumah. Jangan lupa juga sesi teh tarik dengan kawan-kawan. Sesi teh tarik ini adalah terapi minda sebenarnya!! Jika mempunyai kewangan yang bagus melancong di dalam atau di luar negara juga adalah sesuatu yang menarik. Untuk aktviti di dalam rumah: menjaga cucu(kalau dah ada cucu..!), melukis, mengemas rumah, memasak atau membaik pulih alatan lama adalah beberapa contoh yang menarik.
Bottomline , kita perlu terus mengaktifkan minda dan fizikal kita agar keseimbangan hidup dapat dicapai semasa menikmati tempoh persaraan.
Apa yang aku kongsi adalah tip-tips dari bos-bos yang telah bersara. Mereka masih aktif dan sihat dan sentiasa menikmati setiap saat persaraan dengan membuat aktiviti hobi yang mereka cenderung seperti dalam bidang teknologi, latihan, motivasi, pertanian moden atau yang ada dana akan berkecimpung dalam bidang hartanah.
Aku? tengah merancang....he he
azhar
19Apr'17
No comments:
Post a Comment